Selamat Datang – Bahasa Melayu – Malay

Laman web ini mempunyai beberapa buah buku oleh Profesor David Gooding dan Profesor John Lennox. Buat masa sekarang hanya dua buah buku yang boleh dijumpai dalam Bahasa Melayu.


WOP-MAL.jpg

Jendela Syurga

Windows on Paradise

Tuhan Yesus telah

  1. Memulihkan Pelacur
  2. Menebus Penipu
  3. Membela Balu
  4. Mengubah Penjenayah
Dia masih boleh dan hendak melakukan perkara yang sama untuk anda hari ini.


KBC-MAL.jpg

Konsep Utama Dalam Alkitab

Key Bible Concepts

Alkitab ialah buku yang pertama dicetak dan dibaca oleh paling ramai orang didunia. Buku ini diterbitkan dalam paling banyak jenis bahasa. Sejak dahulu sampai sekarang Alkitab memberi kesan yang amat penting kepada pemikiran orang di dunia. Untuk memahami dan mengunakan Alkitab, pembaca mesti mempunyai pengetahuan yang cukup tentang kandungan dan konsep didalam buku ini. Pembaca Alkitab pun mesti memahami prinsip dan terjemahan buku ini.


This website makes available a number of books by Professor David Gooding and Professor John Lennox. At present you can download two books in Malay.


David W. Gooding (1925-2019) ialah Profesor Emeritus Perjanjian Lama Greek di Universiti Queen Belfast dan salah seorang Ahli Akademi Diraja Irish. Beliau mengajar kitab Bible di peringkat antarabangsa dan mengajar tentang ketulenan serta pertaliannya dengan falsafah, agama-agama di dunia dan juga dalam kehidupan seharian. Beliau menerbitkan kerja-kerja ilmiahnya yang popular dan disiarkan dalam beberapa bahasa lain.

John C. Lennox ialah Profesor Emeritus Matematik dari Universiti Oxford dan rakan sejawat Emeritus dalam bahagian Matematik dan Falsafah Sains di Green Templeton College. Dalam bidang akademik, beliau telah menerbitkan beberapa buah buku tentang hubungan antara sains dan agama Kristian. Beliau telah mengajar di peringkat antarabangsa dan mengambil bahagian dalam perdebatan yang pernah disiarkan di televisyen dengan beberapa penganut kepercayaan ateis yang terkenal di dunia.

Daftar dengan alamat emel anda untuk menerima berita dan kemaskini.

Hantarkan emel kepada kami dan kami akan kembali kepada anda secepat mungkin.